https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1704156513.jpg

TAMAT SUDAH LATIHAN PERGURUAN MAHASISWA DARI UNIVERSITAS RIAU

ALHAMDULILLAH TAMAT SUDAH LATIHAN PERGURUAN PARA MAHASISWA DAN MAHASISWI DARI UNIVERSITAS RIAU SERAMAI 6 ORANG SETELAH BERKAMPUNG DI SRIAS SELAMA 10 HARI.

TERIMA KASIH KEPADA DR JAYA ADIPUTRA SELAKU PENSYARAH YANG MENGETUAI DELEGASI INI.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH TN HJ NOR HASHIM BIN OTHMAN DAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PPASB TN HJ JAMALUDIN BIN HASSAN KERANA SAMA2 HADIR BAGI MENYANTUNI DAN MERAIKAN MAJLIS PENUTUP INI.

TIDAK LUPA JUGA KEPADA PENGETUA MTAS, PEGAWAI SUMBER MANUSIA SERTA BARISAN PENGURUSAN SRIAS.

WALAUPUN PERTEMUAN INI AGAK CEPAT BERLALU, NAMUN SUDAH PASTI IA MEMBERIKAN PENGALAMAN ATAU KENANGAN YANG AMAT MANIS BUAT SEMUA.

MOGA SEGALA ILMU PEDAGOGI YANG DIPEROLEHI DI SINI DAPAT MENJADIKAN BAKAL2 GURU INI MENJADI SEORANG PENDIDIK YANG BERINTERGRITI SETERUSNYA DAPAT MENCEMERLANGKAN ANAK BANGSA SERTA NEGARA.

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1702262898.jpg

ANUGERAH DARI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ANUGERAH DARI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMPENA KEMPEN BUDI BAHASA BUDAYA KITA BERMULA BULAN SEPTEMBER HINGGA BULAN NOVEMBER SESI 2023/2024.

KRITERIA PEMILIHAN ADALAH BERDASARKAN :
1. KERJASAMA,TANGGUNGJAWAB DAN SIKAP PRIHATIN SERTA MENGAMBIL BERAT TERHADAP RAKAN- RAKAN SEWAKTU DI DALAM MAHUPUN DI LUAR KELAS.
2. CARA BERKOMUNIKASI YANG BERADAB ANTARA RAKAN-RAKAN,GURU-GURU SERTA ORANG YANG LEBIH DEWASA.
 
TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH.
 
SEMOGA SEMUA PENERIMA ANUGERAH AKAN TERUS MENGAMALKAN SIKAP YANG TERPUJI SEMASA MENYANTUNI ORANG LAIN.
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1702262790.jpg

SESI DIALOG PRESTASI (MTAS)

1/12/2023
 
SESI DIALOG PRESTASI IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 5 BERSAMA GURU SUBJEK.
 
SATU PELUANG UNTUK IBU BAPA MENDAPATKAN LAPORAN PRESTASI SUBJEK PELAJAR DAN JUGA PERBINCANGAN PERKEMBANGAN PELAJAR DI SEKOLAH.
 
SEKALI GUS MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN IBU BAPA DAN GURU.
 
SEMOGA ANAK2 MTAS TERUS CEMERLANG DALAM SPM AKAN DATANG.
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1701397423.jpg

PERMOHONAN FAST TRACK 2024

ASSALAMUALAIKUM
ADA SAUDARA MARA, ANAK SAUDARA YANG MENGAMBIL BIDANG TAHFIZ DAN MEMERLUKAN SPM UNTUK KE PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI DAN SETERUSNYA?
SILA KLIK LINK HTTPS://BITLY.WS/33RRF ATAU SCAN KOD QR UNTUK PENDAFTARAN PERMOHONAN
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1701397340.jpg

(SRIAS) KEJOHANAN TAEKWANDO SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

TAHNIAH KEPADA DUA ORANG MURID SRIAS YANG TELAH BERJAYA DALAM KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA SEKOLAH2 NEGERI SEMBILAN YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 24-26 NOVEMBER 2023 DI IKBN CHEMBONG, REMBAU, NS.
MUHAMMAD AQIL ZAQWAN TELAH MEMENANGI PINGAT GANGSA
MUHAMMAD AQIL SALAM PULA MEMENANGI PINGAT PERAK
 
  
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1701397109.jpg

SRIAS KUNJUNGAN DARI UNIVERSITAS RIAU INDONESIA

SRIAS MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA SISWA DAN SISWI DARI UNIVERSITAS RIAU INDONESIA.

SERAMAI 6 ORANG GURU AKAN MENJALANI LATIHAN PERGURUAN DI SRIAS BERMULA 28 NOVEMBER HINGGA 11 DISEMBER 2023.

GURU2 PELATIH INI AKAN DIBIMBING OLEH GURU2 SRIAS DALAM BIDANG MATEMATIK, SAINS DAN BAHASA INGGERIS.

MOGA JARINGAN DAN KOLABORASI INI DAPAT MEMARTABATKAN LAGI KUALITI PENDIDIKAN NEGARA KITA AGAR LEBIH BERPRESTIJ TINGGI.

TURUT SERTA MENYANTUNI DELEGASI INI IALAH TN HJ JAMALUDIN BIN HASSAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PPASB JUGA PENGETUA MTAS DAN BARISAN PENGURUSAN SRIAS.

 

UNTUK GAMBAR SELANJUTNYA SILA KLIK DISINI

 

 

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1701396698.jpg

ANUGERAH HUFAZ CILIK TAHAP 2 2023

TAHNIAH KEPADA ANAK2 DARI KELAS TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 YANG BERJAYA MENGHAFAZ KESELURUHAN SURAH HAFAZAN.

ANAK2 TELAH BERJAYA MENAMATKAN HAFAZAN MEREKA LEBIH AWAL DARI TEMPOH YANG TELAH DITETAPKAN.

MABRUK ANAK2 SRIAS.

MOGA TERUS ISTIQAMAH.

JAGA HAFALAN AGAR DISEMAT DALAM HATI.

 

UNTUK GAMBAR SETERUSNYA SILA TEKAN DISINI

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1701396542.jpg

ANUGERAH HUFAZ CILIK TAHAP 1 2023

TAHNIAH KEPADA ANAK2 DARI KELAS TAHUN 1 HINGGA TAHUN 3 YANG BERJAYA MENGHAFAZ KESELURUHAN SURAH HAFAZAN.

ANAK2 TELAH BERJAYA MENAMATKAN HAFAZAN MEREKA LEBIH AWAL DARI TEMPOH YANG TELAH DITETAPKAN.

MABRUK ANAK2 SRIAS.

MOGA TERUS ISTIQAMAH.

JAGA HAFALAN AGAR DISEMAT DALAM HATI.

 

UNTUK GAMBAR SELANJUTNYA SILA TEKAN DISINI

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1701396261.jpg

(MTAS) KEJOHANAN TAEKWANDO SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

SYED RAFAEL BIN SYED MOHD FAISAL DARI TINGKATAN TIGA MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH (MTAS) TELAH MEMENANGI PINGAT GANGSA KATEGORI 13 - 15 TAHUN HEAVY WEIGHT KEJOHANAN TAEKWANDO SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN YANG BERLANGSUNG PADA HARI INI.
 
PIHAK SEKOLAH MERAKAMKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN INI.
 
MOGA TERUS CEMERLANG!
 
 
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1701396101.jpg

USRAH GABUNGAN BANIN. TAJUK : PEMUDA PALESTINE

USRAH GABUNGAN BANIN
JUMAAT
24/11/2023
TAJUK : PEMUDA PALESTINE
SEMOGA ANAK² DIDIK KAMI MENDAPAT BANYAK MANFAAT DRPD PENGISIAN INI
 
HAYATI BAIT2 LIRIK INI
WAHAI PARA PEJUANG MARALAH KE HADAPAN
KERAHKANLAH TENAGAMU DAN JUGA FIKIRAN
KORBANKANLAH HARTAMU SEKALIPUN JIWA RAGA
BERJUANG MEMBEBASKAN PALESTIN YANG TERCINTA
WAHAI PARA PEJUANG MARALAH KE HADAPAN
KERAHKANLAH TENAGAMU DAN JUGA FIKIRAN
KORBANKANLAH HARTAMU SEKALIPUN JIWA RAGA
BERJUANG MEMBEBASKAN PALESTIN YANG TERCINTA
WAHAI PARA PENCINTA KEADILAN
JANGAN GENTAR BERJUANG BERSAMA
KEZALIMAN YANG BERMAHARAJALELA
KITA GEMPUR HINGGA KE HUJUNGNYA
AYUH BERSATU DEMI PALESTIN
BERSAMA KITA BERJUANG UNTUK PALESTIN
TAK KIRA WALAU DIANCAM SENJATA
KERANA ALLAH KITA MARA
 
 
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1701395922.jpg

SUMBANGAN PRINTER

ALHAMDULILLAH SRIAS MENDAPAT SUMBANGAN PENCETAK ATAU PRINTER UNTUK KEGUNAAN GURU DALAM MENJALANKAN PDP DARIPADA MUSLIMAT TAMAN GURU YANG DIKETUAI OLEH HJH JAMALIAH SELAKU BIRO KEBAJIKAN JUGA BIRO YAASIN. TURUT HADIR IALAH HJH ZAHARINA, BIRO BERZANJI DAN SETIAUSAHA MASJID TAMAN GURU.

TERIMA KASIH KEPADA MLMH HAWATIF SELAKU JK MASJID TAMAN GURU YANG TELAH MENEMUKAN SRIAS DENGAN MUSLIMAT SEKALIAN.

MOGA UKHUWAH INI AKAN TERUS SUBUR DAN DIBERKATI ALLAH.

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DARIPADA PIHAK SEKOLAH.