https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677471053.jpg

MTAS MENYERTAI SESI RAKAMAN PROGRAN DIDIK TV KPM

4 ORANG PELAJAR TINGKATAN 5 TELAH BERPELUANG UNTUK MENYERTAI SESI RAKAMAN PROGRAN DIDIK TV KPM SUBJEK SEJARAH BERSAMA CIKGU ROZANAH BINTI JAS.
RAKAMAN PROGRAM BERJALAN DIKENDALIKAN SECARA HIBRID. DI SAMPING ITU PELAJAR DAPAT MEMPELAJARI SATU SUB TOPIK SUBJEK SEJARAH BAB KEDAULATAN NEGARA.
PROGRAM AKAN DISIARKAN DI SALURAN ASTRO 147/ TV7 TIDAK LAMA LAGI.

 

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677470919.jpg

HIJRAH UNTUK KEMAKMURAN

HIJRAH UNTUK KEMAKMURAN
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
DARIPADA ABDULLAH BIN AMRU DARI NABI SAW, BERSABDA: "SEORANG MUSLIM ADALAH ORANG YANG KAUM MUSLIMIN SELAMAT DARI LISAN DAN TANGANNYA, DAN SEORANG MUHAJIR ADALAH ORANG YANG MENINGGALKAN APA YANG DILARANG OLEH ALLAH " (HR BUKHARI NO: 9) STATUS: HADIS SAHIH
PENGAJARAN:
1. MUSLIM YANG SEMPURNA ADALAH SEORANG YANG SENTIASA SEJAHTERA KEPADA ORANG ISLAM LAIN (SENTIASA SELAMAT DARI GANGGUAN LISAN DAN TANGANNYA SEPERTI UMPATAN, FITNAH, ADU DOMBA DAN LAIN-LAIN).
2. SESEORANG YANG MEMPUNYAI IMAN YANG SEMPURNA AKAN MENDORONG PEMILIKNYA UNTUK MELAKSANAKAN HAK-HAK IMAN. DI ANTARA HAK-HAK IMAN ADALAH: MENJAGA AMANAH, JUJUR DALAM BERMUAMALAH, DAN MENAHAN DIRI DARI BERBUAT ZALIM TERHADAP SESAMA MANUSIA DALAM PERKARA DARAH DAN HARTA MEREKA SEHINGGA ORANG LAIN MERASA AMAN (KERANA MERASA TIDAK TERGANGGU) DARAH DAN HARTA MEREKA.
3. HIJRAH ADALAH PERPINDAHAN DARI SATU SITUASI ATAU KEADAAN KEPADA SATU SITUASI ATAU KEADAAN YANG LAIN. SEORANG YANG BERHIJRAH ADALAH MEREKA YANG BERPINDAH DARI PERKARA YANG KURANG BAIK KEPADA YANG LEBIH BAIK. BERPINDAH DARI PERBUATAN BERDOSA DAN MAKSIAT KEPADA YANG BAIK DAN MENDATANGKAN PAHALA.
4. HIJRAH DITUNTUT KE ATAS SETIAP MUSLIM. UNTUK BERUBAH, SETIAP KITA PERLU MELAKUKAN HIJRAH.
5. HIJRAH DAN PERUBAHAN MENUNTUT PENGORBANAN. PARA SAHABAT BERHIJRAH DARI MEKAH KE MADINAH TERPAKSA MENINGGALKAN SEGALA YANG DIMILIKI DI MEKAH DAN MENEMPUH PERIT GETIR PERJALANAN UNTUK KE MADINAH SEHINGGA MEREKA SELAMAT SAMPAI. OLEH ITU UNTUK BERHIJRAH DAN BERUBAH, SETIAP KITA PERLU BERKORBAN.
MARILAH KITA MELAKUKAN PENGORBANAN UNTUK PERUBAHAN YANG LEBIH CEMERLANG. AYUHLAH BERHIJRAH DARI KEADAAN YANG KURANG BAIK KEPADA KEADAAN YANG LEBIH CEMERLANG DAN GEMILANG SERTA DIREDHAI ALLAH.
KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH 1444
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA

 

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677470677.jpg

MARI BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN TEACHER LYANA

 
SUBJEK: BAHASA INGGERIS
TOPIK: *HEALTHY FOOD*
TARIKH: 4 OGOS 2022
HARI: KHAMIS
MASA: 11:00 AM - 12:00 PM
KELAS : 4 AR RAZI
*OBJEKTIF PEMBELAJARAN*:
✅ DAPAT MENGGALAKKAN MURID MENGAMBIL MAKANAN SIHAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
✅ MEMUDAHKAN MURID MENGETAHUI LEBIH BANYAK PERKATAAN SEMASA MEMASAK DALAM BAHASA INGGERIS
SERONOK ANAK2 BELAJAR HARI INI. DAPAT BELAJAR DAPAT MAKAN SEKALI. TAHNIAH KEPADA MLMH LYANA ATAS USAHA INI.
 
GAMBAR SELANJUTNYA SILA KLIK DISINI
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677470135.jpg

BOLA SEPAK MSSD 2022

BOLA SEPAK MSSD 2022 DI SK DUSUN NYIOR. TAHNIAH SRIAS BERJAYA DALAM 2 PERLAWANAN KUMPULAN G.
1. SRIAS VS SK LADANG SEREMBAN - SRIAS MENANG 5-0
2. SRIAS VS SK SEREMBAN JAYA - SRIAS MENANG 2-0
MARA KE PERLAWANAN SETERUSNYA. TAHNIAH KEPADA ANAK2 SRIAS, JURULATIH MLM FAHMI DAN GURU PENGIRING MLM NIZAM. SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT MLM AHMAD RIFAEI JURULATIH KELAB BOSS YANG BANYAK MEMBANTU SRIAS.
MARA DAN MEMBARA...SRIAS
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677467373.jpg

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA PERINGKAT N9 (KESSUMA) 2022

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK MTAS ATAS KEJAYAAN 'TEMPAT KE-3' KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA PERINGKAT N9 (KESSUMA) 2022 YANG BERLANGSUNG DARI 26-27 JULAI 2022 DI IPGRM ANJURAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS)
SYABAS DAN TERIMA KASIH KEPADA JURULATIH BOLA SEPAK MTAS UST NOOR ARIFF IRWANTOO DAN UST ASWAN CHEDING YANG BERTUNGKUS LUMUS MEMBIMBING DAN MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA PEMAIN BOLA SEPAK. TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA GURU-GURU YANG MENDOAKAN KEJAYAAN PASUKAN BOLA SEPAK MTAS...
MTAS BOLEH

 

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677467171.jpg

KEPUTUSAN KEDUDUKAN MSSD CATUR S2

KEPUTUSAN KEDUDUKAN MSSD CATUR S2
JURULATIH: MLMH AFIZAH & UST KHOIRUL MUBIN
TARIKH PERTANDINGAN: 19-20/7/22
TEMPAT: SMK SERI PAGI (9.00-4.00PTG)
*LELAKI 18*
1. M. AMAN T4 -73/79
2. DARWISY HUZAIFAH T5 - 33/79
3. DANISH ZAINAL ABIDIN T5 - 57/79
4. HAFIZ HALIM T5 -38/79
*PEREMPUAN 18*
1. PUTERI ANIS MAISARAH T4 - 27/59
2. AMELIA BATRISYIA T5 - 58/59
3. NUR ALIA T5-40/59
4. NAURAH T5- 37/59
*LELAKI 15*
1. M. HAFIZUDDIN T2- 40/76
2. M. IRFAN T2 - 55/76
3. NUFAIL NAFI' T1- 67/76
4. TENGKU MUHAMMAD ZAFRAN T3 -68/76
*PEREMPUAN 15*
1. AISYAH SOFEA T3- 42/62
2. ZARITH QALESYA T1 -46/62
3. NUR ALEESYA T1-55/62
4. SOFEA HANA T1-45/62

 

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677466406.jpg

SRIAS MEWAKILI ACARA AKUATIK

3 PESERTA SRIAS MEWAKILI ACARA AKUATIK DI KOMPLEKS SUKAN PAROI. SEMUA LAYAK MENDAPAT SIJIL. TIDAK ADA YANG DISQUALIFIED ( DQ ). TAHNIAH SEMUA ANAK SRIAS YANG BERJAYA MENGHARUNGINYA HINGGA KE GARISAN PENAMAT.

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677466243.jpg

PING PONG PERINGKAT MSSD DI SJKC KELPIN

PING PONG PERINGKAT MSSD DI SJKC KELPIN. SRIAS MENGHANTAR 6 PESERTA, 4 LELAKI 2 PEREMPUAN. SEMUA PESERTA TELAH DIIRINGI OLEH MLMH ILI NABILAH DAN MLMH ILYANI. ALHAMDULILLAH SATU PENCAPAIAN AWAL YANG BAIK. SEMUA PESERTA LAYAK KE PERINGKAT KEDUA. SEORANG PESERTA IAITU AUFA IMTINAN BIN ARIF ASAD LAYAK KE SEMI FINAL. TAHNIAH ANAK2 SRIAS.

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677465359.jpg

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING SRIAS

27 JULAI 2022

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING ANTARA SRIAS DAN SKKGV DI KOMBES PETANG TADI. SATU JALINAN UKHUWAH TELAH TERBINA.

TERIMA KASIH PIHAK SKKGV YANG TELAH MENERIMA UNDANGAN SRIAS. MOGA BERTEMU DI LAIN HARI.

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1677465109.jpg

LAWATAN PENANDA ARAS

26 JULAI 2022 - SELASA
PUSAT PENDIDIKAN AS-SA'IDIYYAH BERHAD (PPASB) MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH KPD SMI HIRA & MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA' JERAM, SELANGOR YG DIKETUAI OLEH TN PENGETUA IAITU USTZ ISHARUDDIN B.ISMAIL , PENASIHAT IAITU AL-HAFIZ USTAZ ABDUL MUHAIMIN B.MOHD SHAHAR SERTA BARISAN PENGURUSAN SEKOLAH KERANA SUDI MENERIMA KUNJUNGAN PD HARI INI.
PPASB TERDIRI DRP PENGERUSI IAITU CIKGU JAMALUDIN B.HASSAN, PENGETUA, GURU BESAR, GPK, GURU KANAN & STAF PPASB.
TAHNIAH KPD WARGA HIRA' KERANA BERJAYA MENJADI SEK.MEN AGAMA SWASTA CEMERLANG 2022 & MAAHAD TAHFIZ CEMERLANG 2021 PERINGKAT NEGERI SELANGOR.
BYK PERKARA YG DPT DIPELAJARI DAN DIKONGSIKAN BERSAMA. MTAS & SRIAS KOMITED UTK TERUS BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGAN.
TERIMA KASIH ATS SOKONGAN SEMUA PIHAK.
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1659327705.jpg

SRIAS MENYERTAI ECO NATURE RUN ANJURAN MUSLEH

SYABAS SRIAS MENYAHUT CABARAN ECO NATURE RUN ANJURAN MUSLEH. PARA PESERTA BERJAYA MENAMATKAN LARIAN SEJAUH 5 KILOMETER. SERAMAI 32 PESERTA TELAH TERLIBAT. ADA SEBAHAGIAN TELAH MENAMATKAN LARIAN DI TEMPAT MASING2. TAHNIAH ANAK2 SRIAS..SEMOGA KEKAL SIHAT DAN BERSEMANGAT. " MUKMIN YANG KUAT ITU LEBIH BAIK DAN DISAYANGI ALLAH" - QAWIYYUL JISMI

GAMBAR SELANJUTNYA SILA KLIK DISINI

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1659327538.jpg

LATIHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN

15 JULAI 2022 : LATIHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN. BAKAL SARJAN DILATIH OLEH LEFTENAN MUDA NOR AZMANIZA. SERAMAI 15 ORANG BAKAL SARJAN AKAN DIUJI. MEREKA BAKAL MENGHADAPI UJIAN KENAIKAN PANGKAT DI AMIR CHALET SITIAWAN PERAK BULAN SEPTEMBER NANTI.

LAGI

Page 12 of 29