SELESAI SUDAH PENANDA ARAS AESB KE SINGAPURA SELAMA 2 HARI BERMULA 28-29 MEI 2024 BERSAMA AHLI LEMBAGA AESB,PPASB,PENGURUSAN SRIAS DAN MTAS. TURUT SERTA DALAM DELEGASI INI IALAH TN HJ NOR HASHIM BIN OTHMAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA SRIAS MTAS JUGA MERANGKAP PERUNDING KUALITI KURIKULUM, TN HJ AMIRASYID BIN DENSIBALI PENGARAH URUSAN AESB,AHLI2 LEMBAGA SRIAS MTAS YANG LAIN IAITU DR HJ. SHAMSURI B. ABDULLAH, TN HJ ABDUL HALIM BIN YUSOFF, HJH FADZILAH BT MUSA, HJH SITI KHATIJAH BT ABU HASSAN, PEGAWAI2 PPASB, PGB DAN GURU2. PENGALAMAN PERTAMA BAGI KAMI KEBANYAKANNYA GURU2MASUK KE NEGARA ORANG.
PENANDA ARASAN KAMI BERTUMPU DI MADRASAH ISLAMIAH WAK TANJUNG RAKAN STRATEGIK KAMI. SALAH SEBUAH SEKOLAH HEBAT DI SINGAPURA INI.
SILIBUSNYA BANYAK MENGGUNAKAN BAHASA ARAB BERMULA DARI TAHUN 1. TIGA PERINGKAT PENGAJIAN DITAWARKAN DI SEKOLAH INI BERMULA SEKOLAH RENDAH, MENENGAH DAN PRA UNIVERSITI.
ALHAMDULILLAH BANYAK PERKARA BARU YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA LAWATAN INI UNTUK DIBAWA PULANG KE AS SAIDIYYAH.
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT HJH HASNAH BT MOHD YASIN MANTAN PENGETUA SMAD KLANA AMPANGAN YANG TELAH MEMPERTEMUKAN KAMI DENGAN WARGA MADRASAH INI. SELESAI SAHAJA DI MIWT, KAMI DIBAWA BERSIAR2 DAN CUCI MATA DI TEMPAT2 MENARIK SEKITAR SINGAPURA.
TERIMA KASIH AHLI LEMBAGA SEKOLAH YANG TELAH MEMBAWA DAN MENGURUSKAN KAMI KE SANA. TERIMA KASIH JUGA BUAT SEMUA AHLI LEMBAGA YANG TIDAK DAPAT BERSAMA DALAM DELEGASI INI KERANA SENTIASA MENYOKONG KAMI. INI PENGALAMAN BERHARGA BUAT KAMI BARISAN PENGURUSAN DAN GURU2.
MOGA DENGAN PENGHARGAAN DAN SANTUNAN INI MENIMBULKAN NYALA RASA YANG TINGGI BUAT KAMI DI AS SAIDIYYAH.
TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
UNTUK GAMBAR LAIN SILA KE LAMAN FACEBOOK SRIAS DAN FACEBOOK MTAS