https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1713229654.png

SALAM AIDILFITRI 1445H DARI SRIAS

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM.
 
SALAM EID MUBARAK. MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA.
SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN ANDA SEMUA.
SEMOGA SEPANJANG TAHUN KALIAN DALAM KEBAIKAN.
 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
SALAM AIDILFITRI 1445H
 
SEMOGA KITA TERMASUK DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG SENTIASA BERSYUKUR DAN DITERIMA AMALAN KITA SEPANJANG BULAN RAMADAN YANG MULIA INI.
 
 
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1713229134.jpg

DUIT RAYA UNTUK ANAK2 TADIKA HINGGA TAHUN 6

DUIT RAYA UNTUK ANAK2 TADIKA HINGGA TAHUN 6 SEBANYAK RM7 SEORANG SUMBANGAN DARIPADA SYARIKAT SENTUHAN SENI KREATIF, SHAH ALAM.

SERAMAI 412 ORANG MURID TELAH MENERIMA DUIT RAYA TERSEBUT.

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA BUAT PENYUMBANG.

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1713229037.jpg

PEMBERIAN DUIT RAYA UNTUK ANAK2 YATIM DI SRIAS

SERAMAI 18 ORANG ANAK YATIM TELAH MENERIMA SUMBANGAN DUIT RAYA INI.

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG.

MOGA ALLAH MEMBERKATINYA.

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1713228927.jpg

SUMBANGAN BUSANA AIDILFITRI

SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIA-NYA ANAK2 MTAS MENERIMA SUMBANGAN BUSANA AIDILFITRI DARIPADA PARA DERMAWAN YANG BUDIMAN. JELAS TERPANCAR KERIANGAN DI WAJAH-WAJAH ANAK2 MTAS APABILA DIBERI PELUANG MEMBELI PAKAIAN RAYA KE KM PLAZA.
ALHAMDULILAH SEJURUS SELEPAS PULANG ANAK ANAK INI DIBAWA KE GRAND CHENDANA HALL D'CHATELIA SENAWANG UNTUK BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA ANJURAN YAYASAN AL-BAGHDADI DAN KLINIK USRAA.
 
 
BARANGSIAPA YANG MEMELIHARA ANAK YATIM DAN MEMBERINYA MAKAN DAN MINUM, NESCAYA ALLAH AKAN MEMASUKKANNYA KE DALAM SYURGA, KECUALI JIKA DIA MELAKUKAN DOSA YANG TIDAK DAPAT DIAMPUNI.” (RIWAYAT AL-TIRMIDZI, NO. 1917).
 
ADA BERBAKI BEBERAPA HARI LAGI, JANGAN
BERTANGGUH LAGI. APATAH LAGI JIKA KITA
BOLEH MEMBERINYA KEPADA ORANG MISKIN
DAN ANAK YATIM. ALLAH SWT MEMUJI
ORANG-ORANG YANG BERSEDEKAH SEPERTI
DALAM BENTUK MAKANAN SEBAGAIMANA
DALAM FIRMAN-NYA:
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا
MAKSUDNYA: MEREKA JUGA MEMBERI MAKAN
BENDA-BENDA MAKANAN YANG DIHAJATI DAN
DISUKAINYA, KEPADA ORANG MISKIN DAN ANAK
YATIM SERTA ORANG TAWANAN.
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1713228736.jpg

PROGRAM BADAR QUBRA PUSAT PENDIDIKAN AS SAIDIYYAH

PROGRAM BADAR QUBRA PUSAT PENDIDIKAN AS SAIDIYYAH YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA 30 MAC 2024.

UCAPTAMA PROGRAM TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TUAN HJ.JAMALUDIN BIN HASSAN SELAKU PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PUSAT PENDIDIKAN AS SAIDIYYAH BERHAD.

TURUT HADIR IALAH AHLI LEMBAGA PENGARAH TN HJ ABDUL HALIM BIN YUSOF, DR SHAMSURI BIN ABDULLAH, HJH FADZILAH MUSA, HJH KHADIJAH ABU HASSAN, YDP IKRAM SEREMBAN DR AZIM SETERUSNYA PARA TETAMU IBU BAPA, GURU2 JUGA JIRAN SETAMAN.

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN YANG TELAH DIBERIKAN DAN HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS. UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH BUAT TN HJ NORAZMAN BIN AMAT, PENGARAH JABATAN WAKAF DAN MAL MAINS SELAKU PENCERAMAH JEMPUTAN YANG BERJAYA MENCERIAKAN MAJLIS.

UNTUK GAMBAR LAIN SILA TEKAN DISINI.

UNTUK MENONTON ULANGAN VIDEO LIVE SILA TEKAN DISINI

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1713228199.jpg

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN DAN PELANCARAN KEMPEN DISIPLIN NAJAH, SEKOLAH RAHMAH.

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR (BKP), PENGAWAS PUSAT SUMBER (PSS) DAN BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR). SELAIN ITU, PELANCARAN KEMPEN DISIPLIN NAJAH, SEKOLAH RAHMAH.
MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH, PUAN NORHAYATI BINTI BAHARUM.
SEMOGA DENGAN WATIKAH PERLANTIKAN JAWATAN BAHARU DAN PELANCARAN KEMPEN BAGI SESI 2024/ 2025 INI AKAN MENYUBURKAN KEPIMPINAN PELAJAR DAN SETERUSNYA MEMOTIVASIKAN PELAJAR UNTUK SENTIASA MENAMPILKAN SAHSIAH YANG UNGGUL KE ARAH SEBUAH SEKOLAH RAHMAH DI NEGERI SEMBILAN.
 
 
 BERMINAT UNTUK MENDAFTARKAN ANAK DI MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH?
 
SILA HUBUNGI KAMI : 06-6773241/ 017-371 4349/ 013-6469716
PELBAGAI KEISTIMEWAAN YANG AKAN ANAK-ANAK TUAN/ PUAN PEROLEHI.
 
👍🏻 GURU YANG BERKEMAHIRAN DAN BERPENGALAMAN.
👍🏻 KEPUTUSAN SPM YANG MENINGKAT SETIAP TAHUN.
👍🏻 MELAHIRKAN RATUSAN HUFAZ HASIL MODUL HAFAZAN BERSISTEMATIK.
👍🏻 KOLABORASI KOKURIKULUM DAN TARBIAH IKRAM MUSLEH.
👍🏻 BILIK DARJAH ABAD KE 21.
👍🏻 FASILITI ASRAMA DISEDIAKAN.
 
🔊 DAFTAR SEKARANG DENGAN TEKAN PAUTAN DI BAWAH:
 
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1712288729.jpg

MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

OPERASI PEJABAT AKAN DITUTUP BERMULA 8 APRIL 2024 HINGGA 12 APRIL 2024 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.

OPERASI AKAN DIBUKA SEMULA PADA 15 APRIL 2024.

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1705377684.jpg

TEMU DUGA PELAJAR FAST TRACK SPM LEPASAN TAHFIZ

13 JANUARI 2024 - SABTU
 
TEMU DUGA PELAJAR FAST TRACK SPM LEPASAN TAHFIZ NS.
 
PROGRAM KERAJAAN NEGERI MASUK TAHUN KE EMPAT DI MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH (MTAS) PADA TAHUN INI DI BAWAH UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN).
 
SELAIN DARI UPEN DAN MTAS, TURUT TERLIBAT DALAM SESI TEMU DUGA INI IALAH JPNS, JHEAINS DAN SEK.MEN.SRI SETIA SEREMBAN.
 
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1705377514.jpg

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA UNTUK MURID2 TAHUN 5

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA UNTUK MURID2 TAHUN 5
 
PIHAK SEKOLAH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA BUAT SEMUA MURID TAHUN 5.
SEMOGA ANTUM SENTIASA DIBERIKAN KELAPANGAN HATI DAN KETENANGAN JIWA DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN YANG BERLANGSUNG.
TANAMKANLAH USAHA YANG KUAT, DISELITKAN DENGAN DOA TANPA HENTI DAN JUGA JANGAN LUPA BERTAWAKAL KEPADANYA SEMOGA KEJAYAAN MILIK BERSAMA.

 

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1705377429.jpg

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK UPKK 2023

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK UPKK 2023.

TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA YANG HADIR MEMBERIKAN SOKONGAN.

KITA DOAKAN AGAR ANAK2 SRIAS DAPAT MENJAWAB DENGAN BAIK, LANCAR PENULISANNYA, BERKEMBANG IDEANYA SERTA FASIH TUTUR BICARANYA.

ANAK2 TELAH BERUSAHA DENGAN SEBAIKNYA.

BEGITU JUGA GURU2 ATAS USAHA YANG TELAH DILAKUKAN.

MOGA KEJAYAAN CEMERLANG MILIK ANAK2 SRIAS.

LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1705377314.jpg

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPPIM 2023

ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KEPADA ANAK2 SRIAS YANG TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN SPPIM. AJUA KEPUTUSAN YANG DITERIMA, ANAK2 TELAH BUAT YANG TERBAIK. SYUKUR DENGAN KEPUTUSAN YANG DIPEROLEHI. MOGA KEPUTUSAN INI MENJADI PEMANGKIN UNTUK MENJADI LEBIH BAIK PADA MASA AKAN DATANG. MOGA TERUS CEMERLANG DI TEMPAT BAHARU ALAM MENENGAH NANTI.
KEPADA IBU BAPA, TERIMA KASIH DAN TAHNIAH ATAS KOMITMEN DAN SOKONGAN YANG DIBERIKAN . SEMOGA USAHA INI DIPANDANG MULIA DI SISI ALLAH SERTA MENDAPAT GANJARAN PAHALA BUAT SEMUA.
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT SEMUA MURABBI ATAS SEGALA USAHA,PENAT LELAH YANG TELAH DIBERIKAN. DIDOAKAN AGAR MUJAHADAH AMAL MENGAJAR INI MENJADI AMAL SOLEH BUAT PARA MURABBI.
 
BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN KESELURUHAN :
8A : 25 ORANG
7A : 6 ORANG
6A : 11 ORANG
5A : 3 ORANG
4A : 5 ORANG
3A : 3 ORANG
2A : 2 ORANG
1A : 5 ORANG
 
SEMUA CALON BERJAYA MENDAPAT PALING KURANG 1A UNTUK SPPIM 2023. PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPPIM TELAH DIUMUMKAN OLEH MUDIRAH HALIZA BT RAMLI.
 
MAJLIS INI TELAH DIHADIRI OLEH IBU BAPA DAN GURU2 SRIAS.
LAGI
https://my05.awfatech.com/srias/content/news/newsf1_ss102_1705377099.jpg

PROGRAM KHATAN PERDANA

ALHAMDULILLAH BUAT JULUNG KALINYA SEMPENA CUTI SEKOLAH AKAN DATANG, SRIAS DENGAN KERJASAMA, PIBG, IKRAM DAN KLINIK USRAA AKAN MENGANJURKAN PROGRAM KHATAN PERDANA BERTARIKH 17/2/2024 (PERTENGAHAN CUTI).

PELUANG INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG MEMPUNYAI ANAK LELAKI YANG BERUSIA SEAWAL 3 MINGGU HINGGA 12 TAHUN.

SEMOGA DENGAN KHIDMAT YANG DILAKUKAN INI DAPAT MEMBANTU SELURUH WARGA AS-SA'IDIYYAH, IBU BAPA DAN PENDUDUK SETEMPAT TERUTAMA DARIPADA B40 UNTUK MENGAMBIL PELUANG APA YANG SEDANG DIUSAHAKAN INI.

SEMOGA DENGAN SEDIKIT USAHA INI..HASRAT SEKOLAH UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH SEKOLAH RAHMAH YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK SEKITAR KHUSUSNYA DAN NEGERI SEMBILAN AMNYA MENJADI KENYATAAN DAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA ALLAH SWT

LAGI

Page 1 of 24