:
SYARAT BARU PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 SESI 2019


logo MTAS PNG

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1  DAN TINGKATAN 4
MAAHAD TAHFIZ AS-SA’IDIYYAH SEREMBAN
SESI PERSEKOLAHAN 2020

Syarat ke Tingkatan Satu
1) Warganegara Malaysia
2) Tamat sekolah rendah kerajaan / sekolah agama / pondok
3)Boleh membaca dan menulis dengan baik
4) Lulus ujian kelayakkan / Lulus ujian temuduga
5) Tiada rekod salahlaku disiplin
6) Kaedah permohonan:
    a) Isi permohonan secara online dengan melayari laman sesawang ppasb.edu.my, klik sekolah,klik permohonan kemasukan MTAS.
    b) Pemohon dikehendaki memaklumkan untuk tujuan pengesahan kepada pentadbiran sekolah selepas permohonan online dihantar.
    c) Pihak sekolah akan menghubungi pemohon untuk urusan seterusnya.
 

Syarat ke Tingkatan Empat
1) Warganegara Malaysia
2) Tamat tingkatan 3 / sekolah agama / pondok
3)Boleh membaca dan menulis dengan baik
4) Lulus ujian kelayakkan / Lulus ujian temuduga
5) Tiada rekod salahlaku disiplin
6) Kaedah permohonan:
    a) Isi permohonan secara online dengan melayari laman sesawang ppasb.edu.my, klik sekolah, klik permohonan kemasukan MTAS.
    b) Pemohon dikehendaki memaklumkan kepada pentadbiran sekolah untuk tujuan pengesahan selepas permohonan online dihantar.
    c) Pihak sekolah akan menghubungi pemohon untuk urusan seterusnya.

Ujian Kelayakan Ke Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah Tahun 2020
1) Ujian ini merangkumi perkara berikut:
   a) Kemahiran Asas Al-Quran dan Hafazan
   b) Kemahiran Asas Jawi dan Bahasa Arab
   c) Kemahiran Asas Sains dan Matematik
2) Ujian bertulis akan dijalankan secara serentak untuk tempoh masa selama 1 jam.
3) Ujian lisan akan dijalankan secara individu untuk tempoh masa 20 minit / calon.
4) Untuk Hafazan Al-Quran, calon akan diberikan ayat Al-Quran yang perlu dihafaz dengan peruntukan masa 30 minit.
5) Temuduga untuk mengetahui kesediaan ibu/bapa menghantar anak ke Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah  juga akan dijalankan (Borang Perakuan Ibu Bapa).