Duit raya untuk anak2 tadika hingga tahun 6 sebanyak RM7 seorang sumbangan daripada Syarikat Sentuhan Seni Kreatif, Shah Alam.
Seramai 412 orang murid telah menerima duit raya tersebut.
Terima kasih yang tak terhingga buat penyumbang.
Seramai 18 orang anak yatim telah menerima sumbangan duit raya ini.
Alhamdulillah, terima kasih kepada para penyumbang.
Moga Allah memberkatinya.
Program Badar Qubra Pusat Pendidikan As Saidiyyah yang telah dilaksanakan pada 30 Mac 2024.
Ucaptama program telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Jamaludin bin Hassan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Pendidikan As Saidiyyah Berhad.
Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah Tn Hj Abdul Halim bin Yusof, Dr Shamsuri bin Abdullah, Hjh Fadzilah Musa, Hjh Khadijah Abu Hassan, YDP Ikram Seremban Dr Azim seterusnya para tetamu ibu bapa, guru2 juga jiran setaman.
Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan dan hadir bagi memeriahkan majlis. Ucapan ribuan terima kasih buat Tn Hj Norazman bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS selaku penceramah jemputan yang berjaya menceriakan majlis.
untuk gambar lain sila tekan disini.
untuk menonton ulangan video live sila tekan disini
Operasi pejabat akan ditutup bermula 8 April 2024 hingga 12 April 2024 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Operasi akan dibuka semula pada 15 April 2024.
Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk UPKK 2023.
Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberikan sokongan.
Kita doakan agar anak2 SRIAS dapat menjawab dengan baik, lancar penulisannya, berkembang ideanya serta fasih tutur bicaranya.
Anak2 telah berusaha dengan sebaiknya.
Begitu juga guru2 atas usaha yang telah dilakukan.
Moga kejayaan cemerlang milik anak2 SRIAS.
Alhamdulillah buat julung kalinya sempena cuti sekolah akan datang, SRIAS dengan kerjasama, PIBG, IKRAM dan Klinik USRAA akan menganjurkan Program Khatan Perdana bertarikh 17/2/2024 (pertengahan cuti).
Peluang ini terbuka kepada semua yang mempunyai anak lelaki yang berusia seawal 3 minggu hingga 12 tahun.
Semoga dengan khidmat yang dilakukan ini dapat membantu seluruh warga As-Sa'idiyyah, ibu bapa dan penduduk setempat terutama daripada B40 untuk mengambil peluang apa yang sedang diusahakan ini.
Semoga dengan sedikit usaha ini..hasrat sekolah untuk mewujudkan sebuah sekolah rahmah yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar khususnya dan Negeri Sembilan amnya menjadi kenyataan dan mendapat ganjaran daripada Allah swt