TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID DAN GURU2 UPKK 2023.
KEKALKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH UNGGUL.
TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID DAN GURU2 UPKK 2023.
KEKALKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH UNGGUL.
Sesi pemilihan peserta Merentas Desa MSSD telah dijalankan pada 21hb April 2024 di Kombes Paroi.
Hanya 12 peserta sahaja yang layak ke peringkat sebenar pada 30hb April 2024 ini di SMK Samsudin Nain, Rantau.
Terima kasih kepada guru2 pembimbing yang terlibat.
Alhamdulillah syukur atas nikmat dan kejayaan yang telah diberikan kepada anak2 SRIAS yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA UPKK 2023. Keputusan penuh UPKK telah diumumkan pada 18hb April 2024.
Syabas dan tahniah kepada anak2 SRIAS atas kesungguhan dan kejayaan yang telah ditunjukkan. Satu pencapaian yang amat baik dan cemerlang.
Seramai 32/69 calon telah berjaya mendapat 8A ( 46%) Ini adalah satu permulaan dan suntikan semangat buat anak2 agar terus melakar kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi
Bermakna kita perlu usaha dengan lebih giat lagi bagi mengekalkan atau mensasarkan pencapaian yang lebih baik lagi untuk tahun hadapan.
Kita bukan sahaja mahukan anak2 yang cemerlang dari segi akademik tapi cemerlang juga dari segi sahsiah dan kokurikulum.
Penghargaan juga buat semua guru SRIAS khususnya guru2 UPKK yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan target yang disasarkan tercapai.
Moga Allah merahmati kalian.
Buat ibu bapa, terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang tidak putus2 untuk kami.
Kutipan sebanyak RM2120 telah berjaya dikumpul oleh anak2 SRIAS dalam Projek Tabung Ramadan 2024 di bawah seliaan Unit Tarbiyah.
SRIAS mengambil kesempatan memanggil wakil MyCare NS Cikgu Bat Kamaruzzaman bin Abdul Kadir sebagai simbolik penyerahan.
Segala sumbangan terus dikreditkan ke dalam akaun MyCare.
Serahan telah disampaika n oleh Mudirah SRIAS semasa Jamuan Raya.
Terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengarah PPASB Tn Hj Jamaludin bin Hassan, YDP PIBG SRIAS Dr Shamsul Azhar bin Yahya, Mantan CEO PPASB Cikgu Bat Kamaruzaman bin Abdul Kadir, Hj Kamarul Muluk mewakili LPS juga pegawai2 PPASB dan Pengurusan MTAS yang sempat hadir ke jamuan raya SRIAS. Mohon maaf atas segala kekurangan. Maaf zahir dan batin.
Alhamdulillah selesai sudah jamuan hari raya SRIAS. Dimulai dengan solat sunat Dhuha dan bacaan yassin buat ibu kepada seorang murid tahun 6 juga buat murid tahun 5AF yang mempunyai masalah kesihatan
Bermula jam 9.00 semua murid telah bersiap-sedia menghias kelas masing2 untuk menerima tetamu.
Konsep ziarah menziarahi dijadikan objektif raya kali ini. Semua murid nampak gembira apabila berata dengan rakan2 juga guru2.
Masih ada lagi pemberian duit raya oleh ibu bapa kepada anak2 SRIAS. Mewah juga dengan pelbagai juadah yang telah disumbangkan oleh ibu bapa.
Pada penghujung program, makanan dibungkus agar murid boleh bawa pulang ke rumah.
Terima kasih kepada ibu bapa yang menjayakan program ini.
Syabas dan tahniah kepada team perayaan khas yang menganjurkan Hari Raya SRIAS 2024.
gambar lain sila klik disini
Duit raya untuk anak2 tadika hingga tahun 6 sebanyak RM7 seorang sumbangan daripada Syarikat Sentuhan Seni Kreatif, Shah Alam.
Seramai 412 orang murid telah menerima duit raya tersebut.
Terima kasih yang tak terhingga buat penyumbang.